Popular Posts

Tuesday 6 March 2012

Aktiviti Terkini

Salam 1YAKIN,
Aktiviti: Hari Perjumpaan Ibu Bapa Bersama YAKIN akan diadakan seperti berikut;
Tarikh: Hari sabtu bersamaan dengan 10 Mac 2012
Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengahari.
Tempat: Asrama YAKIN
Kompleks Asrama Yayasan Sarawak
Jalan Sultan Tengah,Petra jaya
93050 Kuching Sarawak

Dirasmikan : YBhg Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Haji Hamid Bugo
                       ( Pengerusi YAKIN )

Objektif :  Perjumpaan ini di buat untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara Ahli-ahli Lembaga
                 Amanah YAKIN, staf YAKIN, ibubapa dan penghuni di asrama  Di samping itu, aktiviti ini
                dapat memperkenalkan dan mempromosikan Asrama YAKIN  kepada masyarakat setempat dan      `               secara tidak langsung menjelaskan lagi fungsi-fungsinya.
                 `
Sama-samalah kita berdoa kepada tuhan semoga majlis ini berjalan dengan lancarnya dan mencapai objektif majlis. Mudah-mudahan, YAKIN terus maju dan bergerak memacu ke arah kejayaan selaras dengan visi YAKIN iaitu Peneraju pembasmian kemiskinan melalui kecemerlangan pendidikan.

-Mizan -

Tuesday 17 January 2012

ARTIKEL-ARTIKEL MENGENAI YAKIN PADA TAHUN 2011

Talib: Orphans too can succeed in life

by Antonia Chiam. Posted on September 25, 2011, Sunday


Read more: http://www.theborneopost.com/2011/09/25/talib-orphans-too-can-succeed-in-life/#ixzz1jhPppx2q



YAKIN Sarawak sasar 30 pelajar bagi pengambilan 2011

Posted on June 8, 2011, Wednesday


Read more: http://www.theborneopost.com/2011/06/08/yakin-sarawak-sasar-30-pelajar-bagi-pengambilan-2011/#ixzz1jhQ7RBUy

Thursday 30 June 2011

YAYASAN KEMAJUAN INSAN SARAWAK(YAKIN)

LATAR BELAKANGPenubuhan Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) merupakan hasil cetusan idea YAB Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Ia ditubuhkan pada 15 September 1997 sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Unit Perancangan Negeri(SPU) dan diperbadankan pada 19 Februari 1998.

Visi
Peneraju pembasmian kemiskinan melalui kecemerlangan pendidikan.

Misi
Beritizam tinggi ke arah pembangunan masyarakat miskin melalui pendidikan yang berkualiti.

OBJEKTIF
-Untuk membantu Jabatan Ketua Menteri membuat koordinasi dan memantau program-program pembasmian kemiskinan.

-Untuk mengumpul, mengemaskini dan mengurus pengkalan data kemiskinan.

-untuk merangka dan melaksanakan program dan strategi membantu golongan miskin.

-untuk memberi penekanan bagi membantu pelajar dari golongan miskin agar mereka dapat melanjutkan pelajaran masing-masing.

FUNGSI
-menganjur,melaksanakan dan menyokong rancangan-rancangan basmi kemiskinan bagi kumpulan sasar.

-merapatkan hubungan, membangun dan memperbaiki tahap pendidikan dan pertukaran idea-idea di kalangan kumpulan sasar.

-menyumbang ke arah penyelidikan dan tunjuk ajar untuk program-program yang berkaitan.

-menganjur, melaksana dan menyokong rancangan-rancangan yang boleh meringankan beban hidup, memperbaiki taraf hidup di kalangan kumpulan sasar.

-membantu, memudahcara dan memberi bantuan kepada golongan sasar.